Operasi cari mangsa lemas diteruskan

Iklan
Operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan petang semalam selepas polis menerima laporan berhubung kejadian. Gambar kecil: Muhammad Muzzafar Shah

KUANTAN - Operasi mencari dan menyelamat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sega, Muhammad Muzzafar Shah Mohamad Rozi,13 yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Sungai Jeram Besu, Raub, petang semalam diteruskan pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan memaklumkan, operasi disertai pihaknya dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis dan penduduk kampung dimulakan kira-kira jam 7.40 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, operasi hari ini turut dibantu lima anggota dari pasukan penyelamat di air (PPDA) Balai Bomba dan penyelamat Bukit Angin Temerloh.

Semalam, mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai berkenaan dipercayai ketika bergambar bersama dua rakannya.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, mangsa dari Kampung Ulu Renggol, Raub cuba diselamatkan rakan namun gagal.

Polis menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 6.20 petang sebelum mengerakkan operasi mencari dan menyelamat disertai pihak bomba, polis dan penduduk kampung.

Iklan

Bagaimanapun operasi terpaksa dihentikan kira-kira jam 9.20 malam ekoran cuaca gela dan disambung semula pagi ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar dikhuatiri lemas terjatuh dalam sungai