Bapa temani anak dimasukkan ke wad pengasingan

Iklan
Foto sumber internet

KOTA BHARU - Seorang bapa yang menemani anaknya di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dimasukkan ke wad pengasingan kerana mengalami simptom demam, semalam.

Sumber memaklumkan mangsa, Rosli a/l Jong, 30, dimasukkan ke wad 10 jam 6.10 petang semalam.

Iklan
Iklan

Rosli sebelum itu dikatakan menemani anaknya, Nasri, 3, yang dimasukkan ke wad kerana simptom yang sama.

Anaknya, Nasri dirujuk ke wad pediatrik HRPZII pada jam 2. 30 pagi dari Hospital Kuala Krai.

Iklan
Iklan

Difahamkan, dua beranak itu kini masih di bawah pemantauan pihak hospital dan tidak dibenarkan untuk lawatan awam.