Tabung bantuan orang asli Kuala Koh diwujudkan

Iklan

KOTA BHARU - Tabung Kebajikan dan Kemanusian Orang Asli Kuala Koh kelolaan Yayasan Darul Hijrah ditubuhkan untuk membantu penduduk yang terlibat dengan kes kematian di Gua Musang.

Pengerusi PH Kelantan, Senator Datuk Husam Musa berkata, musibah yang menimpa orang asli di Kuala Koh itu adalah peristiwa kemanusiaan untuk dijadikan iktibar dan juga mendapat perhatian semua pihak.

Iklan
Iklan

"Atas ihsan kemanusiaan masalah orang asli adalah masalah kita semua. Kita membantu atas semangat persaudaraan dan kemanusiaan tanpa syarat.

"Saya selaku Pengerusi PH Negeri Kelantan mengatur gerak bersama agensi kerajaan pusat membantu dalam hal ini,” katanya hari ini.

Iklan

Menurutnya, tumpuan utama ketika ini adalah membekalkan segera makanan, air bersih, pakaian dan sumbangan jariah kepada keluarga yang terlibat.

"Bantuan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank atas nama Yayasan Darul Hijrah (5660 1060 9934) dan maklumat setiap sumbangan perlu WhatsApp ke 018-359 0403," katanya.

Iklan