Pemuda tampil mohon maaf kepada Najib, Rosmah
Iklan
Perkongsian pertemuan berkenaan. - Foto FACEBOOK KHALIFAH PUTRA
SHAH ALAM - Seorang anak muda hari ini menemui bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi memohon maaf.
Pemuda yang dikenali sebagai Khalifah Putra itu tampil memohon maaf kepada kedua-dua insan itu, kerana telah melemparkan fitnah kepada mereka sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah. ALLAH panjangkan umur saya. Pada hari ini saya diberi peluang untuk bersemuka dengan dua insan ini.
"Bermula dari tahun 2010 bermacam-macam fitnah yang aku sebarkan ke atas insan ini. Setahun Pakatan Harapan (PH) memerintah tiada satu pun yang berjaya dibongkarkan. Ternyata ia kekal fitnah," katanya yang turut berkongsi video pertemuan berkenaan.
Iklan
Lokasi pertemuan tersebut bagaimanapun tidak dinyatakan.
Berkongsi lanjut, Khalifah menegaskan bahawa dia tidak sanggup untuk berhadapan di mahsyar kelak seandainya tidak tampil memohon maaf.
Iklan
"Terima kasih Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah kerana sedia memaafkan saya," katanya.
Sementara itu, Najib yang turut berkongsi pertemuan itu di Facebooknya menyatakan bahawa beliau"tidak simpan di hati di atas apa yang pemuda itu lakukan".
"Saya maafkan. Apa yang telah berlalu, kita biarkanlah ia berlalu pergi. Pandang ke hadapan.
"Bagi saya, yang penting kini ialah apa yang akan berlaku kepada saudara-saudari kita rakyat Malaysia semua," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian"><meta itemprop="description" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #RCIskandalmafiakorporat #RCI #WongChen #HassanKarim #SKesavan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-01T05:59:25.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xak4b3y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xak4b3y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xak4b3y"></script>