'Belum tiba masanya caj parkir berbayar...'

Iklan
Mohd Shaid Rosli

KUALA SELANGOR - Caj parkir berbayar di Kuala Selangor wajar ditangguhkan sehingga Majlis Daerah Kuala Selangor diangkat sebagai Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

ADUN Jeram Mohd Shaid Rosli berkata, dirinya tidak bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan caj parkir berbayar di daerah ini.

Iklan
Iklan

"Kawasan yang dicadangkan Majlis Daerah Kuala Selangor bukan kawasan komersial selain di bandar Puncak Alam setakat ini tidak mempunyai kemudahan yang lengkap seperti balas polis, balai bomba, institusi perbankan dan pejabat kerajaan.

"Selain itu penguatkuasaan Majlis Daerah Kuala Selangor juga dilihat agak lemah serta perkhidmatan penguatkuasaannya dilihat masih belum mampu dilakukan," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Katanya, pendapatan masyarakat di Kuala Selangor juga masih sederhana.

"Kuala Selangor merupakan kawasan yang dalam masih pembangunan sosio ekonominya secara keseluruhan.

Iklan

"Oleh itu saya merasakan supaya langkah ini wajar ditangguh sehingga Majlis Daerah Kuala Selangor dinaiktaraf sebagai Majlis Perbandaran Kuala Selangor," katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan pelaksanaan caj bayaran parkir kereta membabitkan jumlah keseluruhan 6,090 tapak di Kuala Selangor, Tanjong Karang, Bestari Jaya, Puncak Alam dan Saujana Utama.

Kadar bayaran dikenakan adalah 50 sen sejam bermula 8 pagi hingga 6.30 petang (Isnin hingga Jumaat), kecuali pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.