Air Selangor gerak lori tangki ke kawasan terjejas

Iklan
Abdul Raof

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) akan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan terjejas susulan kejadian paip utama 1800mm pecah di Setia Alam.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata lori tangki terlibat akan ditempatkan di lima Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang diaktifkan bermula jam 3 petang ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, buat masa ini, injap di sistem utama telah ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih paip pecah itu.

"Lokasi PKS adalah di Parklands City People's Park - Taman Rekreasi Jalan Delima, Bandar Sultan Sulaiman-Masjid As Saadah, Masjid Umairah- Kg Perepat, Aeon Big Batu Belah dan Kawasan C, Jalan Waja Teluk Panglima Garang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 155,410 akaun pengguna terjejas bekalan air

Dalam kejadian itu, kira-kira 155,410 akaun pengguna di sekitar Klang dan Kuala Langat akan terjejas bekalan air secara berperingkat hari ini, berikutan kejadian paip pecah di jajaran paip utama di Setia Alam, pagi tadi.

Iklan

Mengulas lanjut, Abdul Raof berkata pihaknya turut mengaktifkan lokasi pili awam untuk pengguna mendapatkan bekalan alternatif.

Tambahnya, lokasi pili utama itu terletak di Persiaran Astana, Bandar Bukit Raja, Jalan Persiaran Selangor, Seksyen 15 dan Masjid Ar Rahimah Sri Andalas.

"Pihak kami akan melaksana segala usaha bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan," katanya.