Polis tempatkan balai bergerak di drawbridge
Iklan
Rahim (kiri) sewaktu meninjau drawbridge bersama A Rahman (dua, kanan), Razlee (tiga, kanan) dan wakil MBKT serta Terengganu Inc.
KUALA TERENGGANU - Polis Kuala Terengganu menempatkan sebuah balai bergerak di tepi menara selatan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ sepanjang laluan itu dibuka untuk tempoh percubaan bermula hari ini sehingga 17 Jun.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, penempatan balai bergerak itu bagi membolehkan pihaknya membuat pemantauan dan melancarkan aliran trafik di jambatan itu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dua anggota polis juga akan bertugas secara statik dan syif selama 24 jam, sepanjang tempoh berkenaan.
"Selain itu, kita juga akan mengatur gerakkan anggota trafik dan unit rondaan bermotosikal untuk rondaan secara berkala dan sekiranya berlaku kesesakan di atas jambatan ini, mereka akan bertindak melancarkan lalu lintas.
Iklan
"Kita jangkakan pada hari raya pertama dan kedua, kenderaan yang melalui jambatan ini akan meningkat dari kedua-dua arah sebab orang teruja untuk melihat jambatan ini yang merupakan mercu tanda baharu bagi Terengganu,” katanya.
ACP ABDUL RAHIM MD DIN
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa membuat tinjauan di jambatan angkat bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A Rahman Yahya dan Pengurus Kanan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Terengganu, Razlee Hassan di sini hari ini.
Iklan
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi arahan dan peraturan yang telah dikeluarkan.
Sekiranya mereka melakukan kesalahan seperti memberhentikan kenderaan, pihak polis akan mengambil tindakan dengan mengarahkan mereka untuk beredar meninggalkan jambatan agar tidak mengganggu lalu lintas.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>