Faktor Geografi antara sebab Unifi Kelantan ketinggalan
Iklan
Azman (tiga,kanan) membantu rakan-rakan media mengambil juadah berbuka.
KOTA BHARU - Kedudukan kediaman dan masalah geografi bumi antara salah satu faktor penggunaan Unifi di Kelantan agak ketinggalan berbanding negeri lain.
Pengurus Besar Telekom Malaysia Bhd (TM) Kelantan, Azman Yusof berkata, kawasan yang berbukit dan kediaman penduduk yang tidak terancang merumitkan sedikit penyebaran jalur lebar tersebut di negeri ini.
Iklan
Iklan
"Namun begitu, kita sentiasa berusaha untuk beri perkhidmatan terbaik bagi memastikan semua masyarakat dapat menikmati perkhidmatan yang disediakan.
"Kita juga dalam proses untuk membantu 30,000 pelanggan di negeri ini yang masih dalam rangkaian 'copper' dapat bertukar kepada perkhidmatan tersebut," katanya kepada pemberita di sini.
Iklan
Beliau hadir meraikan media Kelantan dalam satu majlis berbuka puasa di sini semalam yang turut dihadiri Presiden Kelab Media Kelantan Darulnaim (KEMUDI), Azran Fitri Ab Rahim.
Menurutnya, TM Kelantan sentiasa berusaha untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan dipertingkatkan dari semasa ke semasa, malah pihaknya juga turut mendapatkan maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Iklan
Mengulas mengenai produk terbaru TM, beliau berkata, pihaknya kini sedang menawarkan pelan Unifi terbaharu dengan kelajuan 300Mbps termasuk Pek Unlimited Unifi TV bersama baucar 100 filem Blokbuster percuma pada harga RM199 sebulan.
"Selain itu, kita juga tawarkan pakej Unifi Basic dengan kelajuan 30Mbps pada harga RM79 sebulan manakala untuk kelajuan 100Mbps pula RM129 sahaja.
"Untuk kawasan yang belum ada perkhidmatan unifi, TM juga menawarkan Pakej Streamyx Jimat Hebat di kawasan yang mempunyai rangkaian 'tembaga' dengan kelajuan 4Mbps pada harga RM88," katanya.
Dan yang paling menarik, Azman juga memberitahu, TM turut memperkenalkan pakej Unifi Mobile dengan harga RM59 sebulan tanpa had kepada anggota Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta pesara tentera dengan tempoh langganan sehingga 30 Jun ini.
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.