Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan dilantik Senator

Iklan

SEREMBAN - Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Datuk A Kesavadas Nair,59, dipilih sebagai Senator, Ahli Dewan Negara mewakili Negeri Sembilan di Dewan Negara.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Zulkefly Mohamad Omar mengumumkan pelantikan itu selepas mendapat sokongan majoriti dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga merupakan seorang peguam dipilih atas cadangan Menteri Besar, Aminuddin Harun (PKR-Sikamat) dan disokong Teo Kok Seong (DAP-Bahau).

Beliau dilantik untuk memegang jawatan tersebut selama tempoh tiga tahun.

Iklan

Usul tersebut dibahaskan pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14.

Dalam pada itu, Kesavadas ketika ditemui memberitahu beliau akan memberi fokus kepada isu pembangunan, pelancongan dan undang-undang dalam Dewan Rakyat.

Iklan

Selain daripada itu, beliau turut menyatakan akan memberi perhatian kepada kebajikan kaum India di negeri ini.