Kereta terbabas: Seorang wanita maut, dua cedera
Iklan
SHAH ALAM - Seorang wanita maut, manakala anak serta cucunya cedera apabila kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas di susur keluar berhampiran KM4.4 Lebuhraya LKSA susur ke Bulatan Jubli Perak tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu pemandu kereta Mariah Ahmad, 54, maut di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang iaitu anak, Raudah Thazali, 22, dan cucu, Muhammad Thoriq Muhammad Taufik, 2, cedera.