Pemimpin DAP buat laporan polis terhadap Najib
Iklan
GEORGE TOWN - Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemecatan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Julai 2015.
Rayer mendakwa selain pemecatan itu, Najib turut membuat rombakan besar-besaran terhadap beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Audit Negara.