Ikrar yang sangat bermakna: Mat Dan
Iklan
Mat Dan mengetuai ikrar sempena World #QuranHour yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA). - FOTO ROSLI TALIB
GOMBAK - Selebriti Mat Dan atau Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 30, yang mengetuai bacaan ikrar World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyifatkan kandungan ikrar itu sangat bermakna.
Meluahkan rasa teruja, Mat Dan bagaimanapun mengakui sedikit gementar tatkala Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berada di hadapannya ketika beliau mengetuai upacara berkenaan.
Iklan
Iklan
"Sebenarnya kali pertama saya baca ikrar depan Sultan bagi saya benda ini tanggungjawab besar walaupun ia pendek tapi perkataan yang disampaikan sangat bermakna, kita berikrar seperi cakap dengan Tuhan kita kena ambil berat pasal perkara itu.
"Berpeluh juga... tapi Alhamdulillah sudah lepas dah lega," katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Dalam pada itu menyentuh mengenai kempen World #QuranHour yang berlangsung hari ini, Mat Dan yang pertama kali menyertainya menyifatkan bahawa program berkenaan sebagai sangat bagus.
"Program ini perlu diteruskan, ia banyak memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya kepada orang Islam," katanya.
Iklan
Berikut merupakan kandungan ikrar berkenaan:
IKRAR QURAN
Kami bertanggungjawab membawa misi berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal hingga lahir akhlak sebagai muslim sejati.
Kami tekad untuk mempertahan iman dan akidah dalam mendepani apa jua cabaran di depan.
Kami akui bahawa harta dunia dan segala isinya hanyalah sementara.
Kami akan berusaha untuk meraih ilmu dengan penuh kerendahan hati.
Kami tekad memperteguhkan keluarga, organisasi dan ummah hingga lahir dunia berbudi dan penyanyang.
Sesunggahnya tiada daya dan upaya kami untuk menolak kemudaratan dan melaksanakan ketaatan.
Melainkan dengan kehendakMu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran"><meta itemprop="description" content="MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran
Tema Malaysia #QuranHour (MQH) 2026, Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera tepat dalam mengajak masyarakat bangkit membina kehidupan berteraskan al-Quran khususnya ketika berdepan cabaran akhlak dan gejala sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, beliau mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyokong usaha berkenaan kerana tema yang diketengahkan mesej jelas untuk masyarakat kembali kepada panduan al-Quran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792683/khas/quranhour/mqh-bingkas-menuju-malaysia-sejahtera-seru-masyarakat-kembali-kepada-al-quran
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #MQH2026 #MAIK #Quranhour2026 #bingkasmenujuMalaysiaSejahtera"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-19T09:39:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaz0ice"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaz0ice"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaz0ice"></script>