Tak perlu RCI, kerajaan jangan berkompromi

Iklan
Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU – Tidak perlu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyelesaikan isu kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim, 24, yang didakwa dipukul semasa rusuhan di sebuah kuil, baru-baru ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bagaimanapun, kerajaan tidak boleh berkompromi dengan mana-mana pihak dalam siasatan tersebut dan memberi keadilan sewajarnya kepada keluarga arwah Adib.

Iklan
Iklan

"Peringkat ini tidak perlu RCI, sebab pihak polis sudah menjustifikasikan kes tersebut. Cuma kita harap polis bertindak dengan adil dan segera supaya beri keadilan kepada arwah dan keluarganya.

"Kita tidak mahu ada campur tangan politik dalam usaha melambatkan dan sebagainya. Ini nyawa manusia,” katanya kepada media di sini.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.

Jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat sini kira-kira 1.45 tengah hari, semalam.

Iklan

Muhammad Adib yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.41 malam selepas dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 November lepas.