Tangan tersepit celah batu ketika cari ikan

Iklan
Anggota bomba berusaha mengeluarkan tangan remaja mangsa yang tersepit di celah batu terbabit.

CAMERON HIGHLANDS - Seorang kanak-kanak lelaki orang asli berdepan detik cemas apabila tangannya tersepit di celah batu sebelum diselamatkan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, tangan kanak-kanak berusia 13 tahun itu tersepit di celah batu terbabit ketika sedang mencari ikan sungai di Kampung Panggen di sini.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Norhisham Mohammad memberitahu,insiden itu menyebabkan keluarga mangsa terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba.

Menurutnya,anggota dari Balai Polis dan Penyelamat (BBP) Ringlet bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 4.29 petang itu.

Iklan

"Sebaik sampai di lokasi mendapati tangan mangsa tersepit di celah batu itu dan anggota kita menggunakan alat hidraulik spreader untuk mengeluarkan tangan remaja berkenaan dan berjaya dikeluarkan dengan selamat.

"Tangan mangsa mengalami lembam dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Ujarnya,anggota bomba juga berdepan ke lokasi dan terpaksa menaiki kenderaan pacuan empat roda, Hilux orang awam kerana jalan sempit ke kawasan kejadian.