Jari budak tersepit mesin pembancuh simen
Iklan
Mangsa yang menangis menahan kesakitan ditenangkan oleh bapanya selepas tangan kanannya tersepit pada mesin pembancuh simen, hari ini.
GERIK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun terpaksa menahan sakit lebih 30 minit selepas tangan kanannya tersepit pada mesin pembancuh simen dalam kejadian di Kampung Ulu Kenderong di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Muhammad Haniff Izzuddin Mohammad Zamrul mengalami kecederaan pada jari kelingkingnya.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan itu.
Anggota bomba Gerik menjalankan operasi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit pada mesin pembancuh simen, hari ini.
"Setibanya di lokasi kejadian, kanak-kanak berkenaan dalam keadaan menangis kesakitan. Sebelah tangan mangsa tersepit hingga ke siku di bahagian belakang pemegang mesin pembancuh simen.
Iklan
"Anggota bertindak membuka skru dan merenggangkannya dengan menggunakan peralatan menyelamat sebelum mengeluarkan tangan mangsa dengan selamat,” katanya.
Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak perubatan untuk rawatan selanjutnya di Hospital Gerik.
Iklan
"Operasi menyelamat mengambil mangsa hampir 30 minit sebelum tamat pada jam 6.22 petang,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bengkel pembuatan sabun serlah kreativiti warga emas" /><meta itemprop="description" content="Bengkel pembuatan sabun serlah kreativiti warga emas
BERITA SEMASA 1 JUN 2024
Semakin ramai warga emas menyertai kursus dan bengkel di institusi pengajian tinggi (IPT) selari dengan perkembangan sains dan teknologi, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Selain memberi nilai tambah kepada kemahiran sedia ada, ilmu diperoleh dapat mengupayakan golongan tersebut kekal produktif dan relevan dalam masyarakat.
Seperti dilakukan 10 pesara kerajaan dan swasta ini yang menyertai bengkel pembuatan sabun di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667625/edisi/perak/bengkel-pembuatan-sabun-serlah-kreativiti-warga-emas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Edisi #BuatSabun #bengkel #UTM" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-06-01T03:24:30.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/WOOzO1cMfHkpMoKav/x180" /><meta itemprop="duration" content="P159S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8zg1nc" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8zg1nc"></script>