Terima kasih Presiden!
Iklan
Md Jais Sarday
JOHOR BAHRU - Bendahari Umno Johor, Datuk Md Jais Sarday mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah berbesar hati melepaskan jawatan presiden parti, semalam.
Menurutnya, langkah tersebut yang disusuli dengan menyerahkan tugas kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan adalah demi kelangsungan urusan parti.
"Sehubungan itu, saya minta kepada semua pihak dalam parti merapatkan semula barisan membantu gerak kerja agar Umno bangkit seterusnya memastikan kemenangan BN dalam PRU-15.
"Saya juga menyeru agar Ahli Parlimen, Adun dan kepimpinan Umno yang baru-baru ini meninggalkan parti, pulanglah kembali ke pangkuan keluarga besar ini demi kebangkitan Umno,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Md Jais yang juga Ketua Umno Bahagian Kluang berkata, beliau yakin ahli parti dan orang awam di akar umbi akan bersama membantu memperkukuhkan parti demi memelihara agama, bangsa dan tanahair.
Terdahulu, beliau juga antara pemimpin yang membawa suara khususnya ahli parti dan orang awam di peringkat akar umbi menuntut Ahmad Zahid mengundurkan diri, selain menyifatkan Umno kini sudah mempunyai empat pecahan kumpulan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>