Pelan damai AS sekadar 'jual ilusi', kata Presiden Palestin
Iklan
RAMALLAH - Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyifatkan pelan damai 'perjanjian abad ini' yang dicadangkan Amerika Syarikat (AS) dan bengkel ekonomi di Bahrain pada bulan depan, sekadar 'menjual ilusi', lapor agensi berita Xinhua.
"Mereka menjual ilusi dan ia tidak akan membawa kita ke mana-mana, kita tidak memerlukan bantuan mereka kerana rakyat Palestin mampu membina negara sendiri," kata Abbas pada satu majlis di Ramallah.