Jurutera terima 'hadiah' kayu golf direman

Iklan
Suspek diiringi pegawai SPRM ketika hadir ke mahkamah hari ini.

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Seorang jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dipercayai menerima hadiah berupa tujuh kayu golf yang hanya bernilai kira-kira RM1,900, direman selama dua hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret, Rini Triany Muhamad Ali selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Iklan
Iklan

Lelaki berusia 40 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana rasuah.

Menurut sumber, suspek menerima suapan tersebut daripada seorang kontraktor dipercayai sebagai balasan untuk mendapatkan tender bagi kerja-kerja penyelenggaraan di Hulu Langat.

Iklan

Kontrak tersebut membabitkan kerja mengecat semula garisan jalan dan lain-lain kerja berkaitan di jalan negeri daerah itu.

Tender tersebut dianggarkan bernilai RM220,000.

Iklan

Suspek ditahan di Pejabat SPRM Selangor, di sini semalam jam 3.30 petang ketika hadir memberi keterangan.