Dua maut ditikam dalam serangan di Jepun

Iklan
Pakar forensik menjalan siasatan di tempat kejadian. - Foto AFP

KAWASAKI - [DIKEMASKINI] Sekurang-kurangnya dua maut ditikam dalam kejadian menggemparkan di luar Tokyo hari ini.

Timbalan Pengarah Nippon Medical School Musashi Kosugi, Kiyoshi Matsuda melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan lelaki berumur 39 tahun meninggal dunia akibat kecederaan dialami mereka.

Iklan
Iklan

Sementara itu, media tempatan melaporkan suspek penyerang bersenjatakan pisau yang berusia dalam lingkungan 50-an turut maut selepas menikam dirinya sendiri.

"Kira-kira 16 yang lain cedera dalam insiden di bandar Kawasaki di selatan ibu negara. Kami menerima panggilan kecemasan pertama pada jam 8 pagi (waktu tempatan)," menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan.

Iklan

Kejadian itu berlaku pada waktu puncak ketika penduduk bergegas ke tempat kerja dan kanak-kanak serta pelajar ke sekolah. - Agensi

Iklan