Peniaga disaran semak bayaran lesen baharu
Iklan
Ezahar Abu Sairin
TANGKAK - Peniaga di daerah ini disaran menyemak kadar lesen perniagaan bermula tahun depan susulan penguatkuasaan undang-undang kecil oleh Majlis Daerah Tangkak (MDT).
Yang Dipertua MDT, Ezahar Abu Sairin dalam kenyataannya berkata, pindaan ke atas Undang-Undang Kecil Pelesenan Trad Perniagaan dan Perindustrian (MDT) 2017 (JPU29) itu akan membabitkan sebanyak 328 jenis perniagaan yang dijalankan.
"Kami telah memutuskan dalam mesyuarat pada April lalu bahawa pelaksanaan undang-undang kecil yang telah diwartakan sejak Julai 2017 ini akan diguna pakai bagi permohonan baru dan pembaharuan lesen untuk tahun 2019.
"Sehubungan itu, peniaga diminta menyemak kadar lesen berkaitan perniagaan, sepertimana lampiran pengumuman kadar bayaran baharu lesen 2019,” katanya.
Menurut beliau, oleh demikian kadar-kadar lesen menurut Undang-Undang Kecil Trad Perniagaan, Perindustrian dan Profesion (MDMU) 1981 (JPU 18) yang dikuatkuasakan sebelum ini turut dimansuhkan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perubahan kadar lesen ini boleh merujuk di portal Majlis Daerah Tangkak atau pun hadir ke pejabat MDT.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>