'Tiada lagi gelak ketawa adik'

Iklan
Kakak Mohd Yusni, Norazizah Yusof (tengah) sebak selepas diberitahu tentang penemuan mayat adiknya di jeti nelayan Ayer Baloi, tengah hari tadi.

PONTIAN - Gurau senda Mohd Yusni Yusof, 43, yang menceriakan keluarga terutama sewaktu Hari Raya Aidilfitri kini hanya tinggal kenangan.

Dalam tempoh seminggu menjelang Aidilfitri, keluarga Mohd Yusni yang tinggal di Kampung Dalam Ayer Baloi terpaksa menerima khabar pemergian anak keempat dari enam beradik itu.

Iklan
Iklan

Kakak kedua Mohd Yusni, Norazizah, 51, berkata, mereka sekeluarga masih lagi terkejut dengan pemergian adiknya itu dan sama sekali tidak menyangka akan menyambut Aidilfitri dalam keadaan kehilangannya.

Menurut Norazizah, kali terakhir dia bertemu adiknya seminggu lepas di Hospital Pontian.

Iklan

"Dia (Yusni) dah biasa ke laut sejak dari muda lagi. Bila berlaku kejadian macam ini, saya rasa sangat sedih.

"Minggu lepas, saya jumpa Yusni. Dia datang ke Hospital Pontian ziarah suami saya yang ditahan di wad," katanya ketika ditemui di jeti nelayan Ayer Baloi, tengah hari tadi.

Iklan

Bagi kakak sulung, Rozita, 55, dia bersyukur kerana jenazah adiknya ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan sejak tiga hari lalu.

Katanya, dia reda dengan pemergian adik dalam bulan mulia.

"Isterinya, Rashidah Omar, 33, ada beritahu pada hari kejadian, Yusni tak bawa makanan dan air kopi yang biasanya jadi bekal setiap kali dia turun ke laut.

"Itulah antara perubahan sikap Yusni yang paling ketara," katanya.

Khamis lepas, kedua-kedua nelayan, Mohd Yusni Mohd Yusof, 43, dan sepupunya, Mohd Khair Ismail, 38, pergi ke perairan Pulau Pisang tersebut untuk menjaring ikan dan tidak pulang semula ke rumah masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN:Suasana pilu selubungi jeti nelayan Ayer Baloi

ARTIKEL BERKAITAN:Dua mayat dipercayai nelayan hilang ditemukan terapung

ARTIKEL BERKAITAN:Mayat terapung ditemukan di Sungai Ayam