Suasana pilu selubungi jeti nelayan Ayer Baloi
Iklan
PONTIAN - Suasana pilu dan hiba menyelubungi jeti nelayan Ayer Baloi tengah hari ini apabila mayat salah seorang mangsa yang hilang selepas turun ke laut sejak tiga hari lalu, ditemui dan dibawa ke jeti terbabit.
Kelihatan ramai ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan hadir memenuhi kawasan jeti sejak awal pagi.