Mukhriz mohon maaf kepada Sultan Johor
Iklan
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengutus surat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bagi memohon ampun dan maaf atas kekhilafan beliau tidak bersalaman dengan baginda, di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Mohd Fisol Jaafar memaklumkan, surat berkenaan diutuskan hari ini kepada Istana Johor.