'Jangan baling kon, semua kena bertimbang rasa'

Iklan
Mohd Amar (kanan) menasihati orang ramai supaya tidak membaling kon pada kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan orang ramai yang membeli belah.

KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menasihati orang ramai supaya tidak membaling kon pada kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan orang ramai yang membeli belah.

Beliau berkata, semua pihak perlu bertolak ansur memandangkan rata-rata pusat beli belah akan dipenuhi pengunjung.

Iklan
Iklan

"Bagi pemandu, jika berada di kawasan penuh dengan orang ramai, elakkan daripada bawa masuk kenderaan.

"Pejalan kaki pula kena bertimbang rasa jika berlaku begini, jangan baling kon, pindahkan kereta ke tempat lain,” katanya.

Iklan

Aksi seorang remaja lelaki berjaya mencuri tumpuan netizen apabila dilihat mahu memecahkan kereta wanita tersebut menggunakan kon, namun terbantut setelah dihalang pengunjung lain.

Semalam, suasana membeli belah di depan Bazar Buluh Kubu kecoh apabila seorang wanita memandu kenderaannya di kawasan laluan Pasar Malam Parit Dalam.

Iklan

Tidak terhenti di situ, wanita berkenaan menjerit dan mendesak agar pengunjung tidak mengapa-apakan kenderaannya serta berusaha untuk memberi penjelasan.

Menerusi paparan itu, aksi seorang remaja lelaki berjaya mencuri tumpuan netizen apabila dilihat mahu memecahkan kereta wanita tersebut menggunakan kon, namun terbantut setelah dihalang pengunjung lain.