Kempen 'Value Food No Waste' harap semua hotel turut serta
Iklan
Tey Kok Kiew (dua, kanan) menyaksikan penyerahan bungkusan lebihan makanan yang tidak terusik oleh Pengurus Hotel Kings Green, Thomas Pillai (kanan) kepada Pengarah SWCorp Melaka, Sharudin Hamid (dua,kiri) sebagai simbolik majlis pelancaran Program Value Food No Waste peringkat negeri Melaka di hotel berkenaan di sini.
MELAKA - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan pembersihan Awam (SWCorp) akan memperluaskan program Program Value Food No Waste di semua hotel serta premis makanan seluruh negara.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Diah Wahari berkata, ia sebagai langkah merealisasikan sasaran kutipan barangan kitar semula kepada 30 peratus menjelang tahun 2020 selain mendidik masyarakat untuk menghargai makanan tanpa membazir.
Menurutnya, berdasarkan kajian yang dilaksanakan SWCorp sepanjang 2017 lalu, sebanyak 44 peratus sisa yang dijana rakyat negara ini adalah sisa makanan iaitu sebanyak 16,687.5 tan sehari.
"Sebagai langkah permulaan SWCorp sudah pun bekerjasama dengan beberapa hotel di setiap negeri dengan memberi fokus kepada makanan bufet yang belum disentuh dan masih baik untuk dimakan untuk diagihkan kepada golongan tidak berkemampuan.
"Dengan jumlah hotel yang banyak di negara ini, saya yakin kempen ini dapat digerakkan secara besar-besaran dan memberi manfaat lebih besar kepada golongan memerlukan dan mengurangkan pembaziran selain menjalankan aktiviti pengumpulan dan penjualan barangan kitar semula seperti minyak masak terpakai," katanya.
Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Program Value Food No Waste peringkat negeri Melaka dengan kerjasama Hotel Kings Green di hotel berkenaan di sini.
Majlis disempurnakan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Tey Kok Kiew dan turut dihadiri
Pengarah SWCorp Melaka, Sharudin Hamid dan Pengurus Hotel Kings, Thomas Pillai.
Sementara itu, Sharudin berkata, sejajar dengan usaha itu, Hotel Kings Green telah mempromosikan Program Value Food No Waste sebagai memperkasakan kempen #melakamerecikbersih.
"Semasa menginap di bilik hotel, pelanggan digalakkan untuk mengasingkan sisa yang boleh dikitar semula dengan meletakkan di tepi tong sampah. Risalah berkaitan program juga telah diletakkan di setiap bilik bagi memaklumkan kepada pelanggan tentang program.
"Bayangkan jika pelanggan mengasingkan dua botol air minuman yang disediakan di setiap bilik dan terdapat 150 bilik di hotel ini yang membuat pengasingan, sekiranya dalam sehari terdapat 300 botol, maka setiap bulan sebanyak 9,000 botol dapat diselamatkan daripada terus dibuang ke dalam tong sampah," katanya.
Selain itu, Sharudin berkata, kerjasama SWCorp dan Hotel Kings Green juga telah mengambil inisiatif dengan mengumpul makanan yang tidak terusik setiap kali waktu makan pagi, tengahari dan malam yang sebelum ini hanya dibuang.
"Justeru sepanjang program ini, dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesemua makanan yang tidak terusik akan dibungkus untuk dihantar kepada golongan memerlukan seperti fakir miskin dan anak yatim.
"Pihak hotel juga turut menjalankan aktiviti pengumpulan dan penjualan barangan kitar semula seperti minyak terpakai dalam menyokong pelaksanaan program selaras dengan penganugerahan Green Building Index (GBI) yang diperolehi hotel tersebut," katanya.
Tambahnya, sepanjang pelaksanaan program Value Food No Waste sejak empat bulan lalu, hotel berkenaan telah berjaya mengumpul sebanyak 882 kilogram barangan kitar semula dengan hasil jualan berjumlah RM290.10.
"Selain itu, sebanyak 170 kilogram minyak masak terpakai dikumpulkan dengan hasil jualan sebanyak RM255," katanya.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.