Sindiket pedofilia tumpas, 50 kanak-kanak diselamatkan

Iklan
Gambar hiasan

LYON - Polis Antarabangsa (Interpol) hari ini berkata telah menyelamatkan 50 kanak-kanak dan menahan sembilan orang di Thailand, Australia dan Amerika Syarikat (AS) selepas satu sindiket pedofilia berjaya ditumpaskan.

Lebih banyak tangkapan dijangka dibuat pihak polis di hampir 60 negara berpunca susulan operasi yang dijalankan oleh Interpol ke atas laman sesawang gelap yang dilayari 63,000 pengguna dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

Polis kini sedang mengenal pasti 100 lagi imej yang dikongsi di penjuru Internet yang tidak diketahui.

Menurut Interpol, Operasi Blackwrist dilancarkan selepas ia menemui bahan langganan di laman sesawang gelap, di mana pengguna boleh menggunakan perisian untuk bersembunyi di belakang lapisan kerahsiaan.

Iklan

Laman sesawang tersebut tidak boleh ditemui enjin carian dan pengguna perlu menggunakan alamat URL khas untuk memasukinya.

Interpol mendapatkan bantuan dari agensi nasional di seluruh dunia di mana Kementerian Dalam Negeri akhirnya berjaya mengesan alamat IP laman web sesawang tersebut. – AFP

Iklan