MPS nafi kakitangan menyamar tukang masak
Iklan
Mohd Masni. Gambar kanan: Petikan akhbar yang dikongsi beberapa portal di internet kini tular.
SEGAMAT - Majlis Perbandaran Segamat (MPS) menafikan laporan dari beberapa akhbar tempatan hari ini berhubung penyamaran kakitangannya sebagai tukang masak bagi mencekup individu yang tidak berpuasa.
Yang Dipertua MPS, Mohd Masni Wakiman ketika dihubungi berkata, kenyataan beliau ketika dihubungi akhbar terbabit sebelum ini telah disalahertikan.
Iklan
Iklan
"Berita sedemikian tidak benar. Saya tidak keluarkan kenyataan sebegitu dan pegawai penguatkuasa MPS juga tidak ada yang melakukan perkara tersebut.
"Ia adalah di luar bidang kuasa kami untuk mencekup individu Muslim yang tidak berpuasa,” tegasnya.
Iklan
Tambah beliau, pihak MPS tidak pernah melakukan operasi penyamaran untuk mengintip atau menangkap individu Islam yang tidak berpuasa dalam bulan Ramadan sebagaimana dinyatakan.
"Malah, untuk makluman tiada larangan waktu tertentu bagi peniaga menjalankan aktiviti perniagaan dalam bulan Ramadan sebagaimana yang terkandung dalam syarat lesen perniagaan.
Iklan
"Diharapkan ramai dapat memahami penjelasan diberikan ini bagi mengelak salah faham,” katanya.
Terdahulu, akhbar berbahasa Inggeris melaporkan seramai 32 penguatkuasa MPS berkulit gelap telah dipilih menyamar sebagai pekerja kedai makan bagi menangkap orang Islam yang makan secara terbuka di bulan puasa.
Kononnya, operasi bersama Pejabat Agama daerah itu telah menetapkan penguat kuasa yang pandai membuat roti canai, teh tarik dan mi goreng mamak untuk menyamar sebagai tukang masak dan pelayan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>