Anggota polis trafik cabul wanita warga Thai

Iklan
Ketua Polis Daerah Pasir Mas

PASIR MAS - Tindakan seorang anggota polis trafik mencabul wanita warga Thailand bukan sahaja mencemarkan kesucian bulan Ramadan malah mencalar integriti pasukan berkenaan.

Bukan itu sahaja, anggota terbabit juga dikatakan telah meminta dan menerima wang sogokan selepas wanita berkenaan meminta untuk dilepaskan.

Iklan
Iklan

Anggota berkenaan dikatakan telah bertindak 'di luar kawalan' dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.50 tengah hari semalam, selepas mangsa bertindak melarikan daripada sekatan polis di Jalan Padang Licin, Rantau Panjang.

Menurut sumber, ketika dalam perjalanan ke Rantau Panjang, mangsa yang memandu kereta jenis Produa Viva telah bertindak membuat pusingan U selepas melihat satu sekatan polis di laluan berkenaan.

Iklan

"Mangsa bertindak demikian bagi mengelakkan ditahan kerana cermin kereta yang dipandunya gelap.

"Ketika cuba meloloskan diri, mangsa terkejut apabila mendapati seorang anggota polis mengejarnya dan meminta dia berhenti di tepi jalan," katanya.

Iklan

Sebaik memberhentikan kereta, anggota polis tersebut telah meminta mangsa menunjukkan lesen memandu.

Anggota tersebut kemudian bertindak memeriksa bonet serta keseluruhan kenderaan itu.

"Selepas pemeriksaan dijalankan, dia kemudian masuk ke dalam kereta dan duduk di bahagian penumpang sebelah pemandu dan cuba memeriksa tubuh badan dengan cara memasukkan tangan ke dalam poket seluar mangsa.

"Tidak hanya itu, anggota polis itu juga memasukkan tangan ke dalam baju dan membuat pemeriksaan di bahagian dada mangsa," katanya.

Dedah sumber lagi, anggota itu turut mengambil rasuah berjumlah RM50 selepas mangsa meminta untuk dilepaskan.

Katanya, walaupun telah mengambil wang tersebut, anggota terbabit masih belum mahu melepaskan mangsa dan kemudian menyuruh wanita berkenaan menciumnya.

"Mangsa hanya diam kerana takut. Anggota polis tersebut terus mengangkat baju mangsa dan telah melakukan gangguan seksual tanpa kerelaan pengadu.

"Selepas itu anggota tersebut terus beredar meninggalkan mangsa," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisoner Abdullah Mohammad Piah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, anggota tersebut telah ditangkap dan kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.