Lelaki maut kereta rempuh lori

Iklan
Keadaan kereta Perodua Viva yang remuk akibat kemalangan tersebut di KM 25 Jalan Jerantut-Benta di Kampung Jerangsang hari ini.

KUALA LIPIS - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah lori di Kilometer 25 Jalan Jerantut-Benta dekat Kampung Jerangsang hari ini.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan lori muatan tiga tan.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, mangsa Mohd Yusof Manah, 56 dari Kampung Tekong Budu, Benta meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis daerah, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku semasa pemandu lori yang berusia 43 tahun dalam perjalanan dari Benta menuju ke Jerantut.

Iklan

Menurutnya, ketika kejadian pemandu terbabit memandu seorang diri.

"Apabila sampai di lokasi kejadian (jalan berselekoh), datang sebuah kereta dari arah bertentangan telah memasuki ke laluan lori secara tiba-tiba menyebabkan berlakunya kemalangan.

Iklan

"Akibatnya pemandu kereta itu telah tersepit dan maut dalam kenderaannya yang remuk di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan pemandu lori akan dibawa menjalani ujian awal air kencing.

"Kedua-dua kenderaan terbabit akan dibawa ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan.

"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya lagi.