Ketua kampung Al-Araqib tolak tawaran Israel

Iklan
Sheikh Sayyah Al-Turi enggan menerima tawaran pembebasan Israel. Gambar kecil: Sheikh Sayyah Al-Turi

BAITULMAQDIS - Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) akan membebaskan ketua kampung Al-Araqib, Sheikh Sayyah Al-Turi jika beliau menerima tawaran untuk dipindahkan ke penempatan lain.

Bagaimanapun, Al-Turi, 70, menolak syarat berkenaan dan memberitahu tidak akan meninggalkan penjara melainkan beliau dibenarkan pulang ke perkampungan Badwi tersebut.

Iklan
Iklan

Al-Turi, ditahan di Penjara Ramla selama 10 bulan sejak Disember tahun lalu, selepas disabit bersalah atas 39 kesalahan termasuk tuduhan menceroboh tanah milik Israel.

"Beliau enggan berpindah ke kawasan kejiranan Nombor 25 di bandar Rahat sebagai syarat pembebasannya,” kata Ben Bari, peguam yang mewakili Al-Turi.

Iklan

Al-Araqib termasuk dalam senarai 35 perkampungan masyarakat Badwi di padang pasir Naqab yang tidak diiktiraf Israel.

Pada Selasa lalu, Israel memusnahkan perkampungan itu menggunakan jentolak buat kali ke-144 sejak Julai 2010.

Iklan

Tindakan itu menyebabkan sebahagian penduduk kebanyakannya wanita dan kanak-kanak hilang tempat tinggal dan terdedah kepada cuaca panas. - Agensi