Gangguan seksual: MP Sungai Siput bersuara...

Iklan
Kesavan (kiri) yang ditemani Sivanesan ditemui dalam sidang media berkaitan gangguan bekas pembantunya terhadap dirinya dan keluarga hari ini.

IPOH - Ahli Parlimen yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual oleh bekas pembantunya tampil membuat sidang media di sini hari ini.

Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan berkata, beliau sedia maklum akan laporan polis berniat jahat yang dibuat oleh seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai penyelidikan parlimennya itu.

Iklan
Iklan

Menurut Kesavan, beliau juga bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan yang bakal dijalankan.

"Ia termasuk menyerahkan bukti-bukti yang menunjukkan gangguan dan ugutan yang dibuat oleh wanita terbabit untuk merosakkan rumah tangga saya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pembantu Ahli Parlimen dakwa diganggu secara seksual

"Saya juga telah menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama saya dan isteri,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media yang ditemani Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A Sivanesan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Kesavan berkata, perubahan pekerjanya itu disedari sejak tahun lalu apabila dia mula menaruh perasaan dan campur tangan dalam tugasnya sebagai wakil rakyat.

"Bulan lalu, dia telah mengganggu pimpinan PKR dengan mengadu mengenai sikap saya menjauhkan diri dan mengugut mahu mendedahkan rakaman yang akan memalukan saya.

"Dia juga telah campur tangan hal rumah tangga dan menyebarkan berita yang memburukkan isteri saya seperti mahu perkahwinan kami bermasalah,” katanya.

Katanya, akibat tertekan dengan gangguan dan ugutan yang diterimanya sejak beberapa bulan lalu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Siput pada 4 Mei lalu.

"Jika benar saya mengganggu dia secara seksual seperti yang dituduh, kenapa dia masih menelefon saya sehingga berpuluh-puluh kali sehingga awal bulan ini?

"Dia juga masih menelefon isteri saya sehinggalah beberapa minggu lalu. Saya tidak mahu membesarkan perkara ini sebelum ini kerana saya simpati kepada dia yang mempunyai suami dan dua anak anak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.