Siaran televisyen digital sepenuhnya Oktober ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Siaran televisyen digital atau Digital Terestrial Televisyen (DTT) dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada Oktober ini, kata Pengerusi myFreeView Johan Ishak.
Menurutnya, sehingga kini terdapat 15 saluran televisyen dan enam saluran radio yang boleh didapati menerusi myFreeView malah beliau turut menjangkakan 10 lagi saluran tidak lama lagi.
Iklan
Iklan
"Kami ada empat penyiar iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Media Prima Berhad, Alhijrah Media Corporation dan Pertubuhan Berita Nasional (Bernama). (Untuk radio) hanya RTM Radio sahaja setakat ini bersiaran,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Manfaat Televisyen Digital myFreeView Untuk Rakyat’ di sini hari ini.
Johan berkata liputan siaran myFreeView kini mencapai sehingga 98 peratus apabila 44 stesen pemancar siap dibina di seluruh negara.
Iklan
"Siaran myFreeView adalah percuma tanpa sebarang kos tersembunyi. Pengguna hanya perlu membayar sekali sahaja untuk membeli peralatan dekoder (iDTV) atau dekoder MYTV (DVB-T2) dan membayar yuran pemasangan sekiranya anda perlukan bantuan pemasangan aerial luar UHF,” katanya.
Mengulas lanjut, Naib Presiden Bahagian Kawal Selia, MYTV Broadcasting Sdn Bhd Shamsul Najib Mohtar berkata sehingga Mac lepas, MYTV telah mengagihkan dua juta set dekoder percuma kepada penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) terutama golongan isi rumah B40.
Iklan
Kata Shamsul Najib, ia merangkumi 1.65 juta dekoder DTT (Televisyen Digital Terestrial) dan 24,482 set dekoder DTH (Direct-To-Home) yang diedarkan kepada penerima BSH yang layak.
"Penerima set dekoder percuma ini hanya perlu membayar caj pemasangan sahaja. Mereka boleh menyemak senarai pemasang berdaftar di laman sesawang http://www.mytvbroadcasting.my.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>