Mitchell azam kedudukan lebih baik di Republik Czech
Iklan
Mitchell Cheah
KUALA LUMPUR - Pemandu muda negara, Mitchell Cheah berazam untuk memperbaiki kedudukan pada pusingan kedua Kejuaraan ADAC TCR Germany Touring Car di Litar Autodrom Most, Most, Republik Czech, hujung minggu ini.
Pada pusingan pembukaan di Litar Oschersleben, Borde, Jerman, pada 26 dan 27 April lalu, pemandu berusia 21 tahun itu, menduduki tempat ke-10 dalam kalangan 18 pelumba pada perlumbaan kedua.
Iklan
Iklan
Anak kelahiran Kuala Lumpur itu gagal dalam perlumbaan pertama selepas mengalami masalah teknikal sebelum kembali pada perlumbaan kedua dengan catatan masa 32 minit 44.468 saat pada saingan 20 lap di litar sepanjang 3.67km itu.
”Pada awalnya, semua berjalan mengikut perancangan namun saya tidak mampu mengekalkan kelajuan dan momentum kenderaan pada pertengahan perlumbaan pertama termasuk berlaku pelanggaran di bampar belakang pada lap terakhir sehingga menjejaskan kedudukan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Iklan
Pemandu pasukan VW Team Oettinger itu merupakan wakil tunggal dari Malaysia dan Asia pada kejuaraan tujuh pusingan tersebut. Setiap pusingan mempunyai dua perlumbaan.- Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>