Empat rumah musnah dalam kebakaran

Iklan
terbakar

JOHOR BAHRU - Empat rumah jenis separa kekal di Susur 1, Jalan Tun Abdul Razak di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran kira-kira jam 3 petang tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru, Pegawai Bomba Kanan II, Nordatul Badrul Abdul Rahman berkata, usaha memadam kebakaran mengambil masa kira-kira satu jam sebelum tamat pada jam 5.30 petang.

Iklan
Iklan

"Setibanya di lokasi kejadian didapati telah berlaku satu kebakaran yang melibatkan empat rumah setinggan jenis separuh kekal.

"Operasi memadam api telah melibatkan seramai 22 anggota bersama tiga jentera pemadam, satu kenderaan unit respon kecemasan (EMRS) dan tiga Unit Motosikal Gerak Cepat ( RIM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Nordatul berkata, bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku sepanjang insiden itu.

Beliau berkata, bomba juga sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui punca dan anggaran kerugian akibat insiden terbabit.

Iklan