Johor tunggu laporan Jabatan Perhutanan
Iklan
Dr Sahruddin Jamal
PAGOH - Kerajaan Johor akan meminta laporan penuh dari Jabatan Perhutanan berhubung isu penyelewengan kegiatan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Lenggor, Mersing.
Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, laporan itu penting sebelum satu tindakan tepat diambil bagi menyelesaikan masalah itu.
Iklan
Iklan
"Kerajaan Johor akan meminta Jabatan Perhutanan untuk lihat sendiri apa tindakan proaktif yang perlu kerajaan negeri ambil.
"Jadi, kita tunggu dahulu laporan dari pihak berkenaan,” katanya ringkas.
Iklan
Terdahulu, Dr Sahruddin ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Serta Penyampaian Sumbangan dalam Parlimen Pagoh di Masjid Jamek Panchor, di sini, sebentar tadi.
Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan kerajaan negeri dipercayai mengalami kerugian ratusan juta ringgit akibat penyelewengan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Lenggor dekat Mersing, sejak sekian lama.
Iklan
Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Kelab Penyokong PH Johor, Khairuddin A Rahim selepas mengadakan lawatan di situ akhir bulan lepas dan mendapati pembalakan dengan cara tidak sepatutnya masih berlaku sehingga kini.
Sehubungan itu, Khairuddin yang juga ADUN Senggarang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Johor semalam, supaya siasatan berhubung perkara dapat dilakukan bagi melindungi khazanah negeri.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>