PKR gesa polis, SKMM siasat Ketua Pengarah Yapeim

Iklan
Fahmi Fadzil

SHAH ALAM - PKR menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera menyiasat klip video ucapan Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Datuk Abibullah Samsudin yang memberi amaran kepada kakitangannya supaya tidak mengundi Pakatan Harapan pada PRU lalu.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, sekiranya wujud pelanggaran undang-undang, maka beliau perlu dihadapkan ke mahkamah.

Iklan
Iklan

"Jika benar, ucapan ini melanggar Seksyen 9(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu berkenaan pengaruh tidak wajar dan jika didapati bersalah, seseorang itu boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM5,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Ugut jangan undi PH: Armada pertikai keputusan kerajaan

Iklan

"Cubaan mengenakan pengaruh tidak wajar oleh seseorang yang berkedudukan tinggi terutama terhadap kakitangan organisasi sendiri lebih-lebih lagi agensi kerajaan bukanlah sesuatu yang boleh diterima. Satu mesej jelas perlu dihantar untuk memastikan ia tidak berlaku lagi dalam era Malaysia baharu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, pengguna Facebook bernama Abu Hafiz Salleh Hudi telah memuat naik klip video dipercayai Abidullah memberikan ucapan kepada kakitangan Yapeim yang dipercayai bertujuan mempengaruhi mereka untuk tidak mengundi PH.

Iklan

Namun begitu semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, tiada tindakan akan diambil terhadap Abibullah susulan klip video beliau memberi amaran kepada kakitangannya tidak mengundi PH pada PRU lalu.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh mengambil tindakan kebelakangan terhadap Abibullah atau penjawat awam lain atas kesetiaan politik mereka sebelum pertukaran kerajaan pada 9 Mei 2018.