PBB sahkan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom

Iklan
Statut Rom

SHAH ALAM - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengesahkan Malaysia telah dikeluarkan daripada senarai penandatangan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Menerusi satu kenyataan, pihaknya telah menerima notis awal daripada Kementerian Luar Negeri berhubung penarikan Malaysia daripada statut tersebut.

Iklan
Iklan

"Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menarik balik Instrument Of Instruction daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 5 April 2019.

"Oleh itu, Malaysia membatalkan semula surat penyertaannya dan penarikan ini akan berkuatkuasa serta-merta," katanya di sini semalam.

Iklan

Kelmarin, Wisma Putra menyatakan rasa kesal kerana masih disenarai sebagai negara yang meratifikasi statut berkenaan menerusi laman sesawang PBB walaupun telah mengemukakan surat penarikan.

Malaysia telah menarik diri daripada Statut Rom pada 5 April selepas mendapat bantahan daripada orang ramai dan pembangkang selain gagal mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

Iklan

Dalam pada itu, PBB berkata, walaupun telah menarik diri namun Malaysia tetap komited terhadap kedaulatan undang-undang untuk mengadili pelaku pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.

"Ini adalah sejajar dengan dasar kerajaan baharu untuk menguatkan prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan kebertanggungjawaban," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Statut Rom: Wisma Putra sahkan sudah hantar surat tarik diri