Malaysia sasar kedatangan 7.8 juta pelancong Singapura

Iklan
Gambar hiasan 123RF

SINGAPURA - Malaysia menyasarkan kemasukan 7.8 juta pelancong Singapura tahun ini, menurut Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan (MOTAC).

Singapura kini merupakan penyumbang tertinggi bagi ketibaan pelancong ke Malaysia dengan 4,537,550 ketibaan direkodkan sehingga Julai tahun ini.

Iklan
Iklan

"Ini akan menyumbang kepada RM49.2 bilion dalam pendapatan pelancongan, memberikan rangsangan ekonomi yang amat diperlukan kepada negara,” kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Mohd Yusri Mohd Yusoff pada majlis perasmian Pameran Travel Malaysia 2023 yang diadakan disini pada Sabtu.

Beliau berkata, pada tahun ini, pejabat Tourism Malaysia Singapura memulakan beberapa inisiatif menarik untuk membawa lebih ramai pelancong Singapura ke lokasi menarik, bagi menikmati pengalaman budaya Malaysia yang tulen, jauh dari hiruk pikuk kota.

Iklan

"Ini termasuk kerjasama strategik dengan Batam Fast Ferry dan penyertaan dalam pameran pengguna seperti NATAS Holidays dan Travel Malaysia Fair Siri 1.

"Kami berharap program ini akan memberi manfaat kepada Ejen Pelancongan Singapura dan media, di samping lawatan suai kenal ke negeri pantai timur Semenanjung Malaysia dan Sarawak di pulau Borneo, serta mengadakan banyak bengkel dan seminar B2B,” katanya.

Iklan

Bertemakan ‘Malaysia Truly Asia’, Travel Malaysia Fair berlangsung selama tiga hari di Central Atrium of Marina Square di sini sehingga 8 Oktober, bersempena Pameran Budaya Malaysia-Singapura 2023.

MOTAC menyasarkan kemasukan 16.1 juta pelancong asing dengan RM49.2 bilion hasil pelancongan tahun ini. - Bernama