PDRM akan panggil Ali Amir Batcha

Iklan
Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil bekas penguasa polis iaitu Md Ali Amir Batcha yang didakwa merompak ketika bertugas 20 tahun lalu bagi mendapatkan penjelasannya mengenai perkara tersebut.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata beliau mengambil sikap terbuka dan akan mendengar penjelasan mengenai perkara berkenaan walaupun kes itu telah lama berlaku.

Iklan
Iklan

"Saya akan panggil beliau (Md Ali). Mungkin ada perkara baharu yang beliau mahu bangkitkan. Ini juga kerana penampilan beliau jelas menunjukkan bahawa dia yakin tidak bersalah.

"Tapi apa yang ada pada rekod PDRM semua keadilan telah dilaksanakan dalam kes beliau saya ambil sikap terbuka mendengar apa juga...mungkin beliau ada perkara baharu untuk dibangkitkan dalam hal ini,” katanya.

Iklan

Abdul Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu itu selepas hadir majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Negara, di Bukit Aman, di sini hari.

Baru-baru ini, Md Ali, 65, yang pernah bertugas dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Jenayah Berat (D9) menuntut kerajaan Pakatan Harapan menubuhkan sebuah tribunal khas bagi menyiasat semula tuduhan palsu berkaitan rompakan membabitkan dirinya pada tahun 90-an.

Iklan

Md Ali mendakwa menjadi mangsa kepada satu konspirasi dan kini mahu buktikan dia tidak pernah terlibat dalam rompakan tersebut. - Bernama