SHAH ALAM - Kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipersoal apabila kerajaan kini didakwa memberi suapan kepada rakyat secara terang-terangan, namun tiada tindakan diambil.
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, beliau tidak berpuas hati apabila Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan program mengagihkan barangan secara terbuka ketika kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sedang berlangsung, namun tiada sebarang tindakan drastik diambil.