Tiada lagi lesen baharu rumah urut dikeluarkan di Kedah
Iklan
Gambar hiasan - Foto123RF
ALOR SETAR - Pejabat Tanah dan Daerah Kota Setar (PTDKS) dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak lagi mengeluarkan lesen baharu bagi rumah urut berkuat kuasa serta-merta untuk membendung kegiatan tidak bermoral terus berlaku.
Datuk Bandar Alor Setar, Mohd Yusri Md Daud berkata, lesen lama boleh diperbaharui jika tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.
Iklan
Iklan
"Bagaimanapun, pusat spa tidak termasuk dalam kategori ini," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Menurut kenyataan MBAS, keputusan itu dibuat susulan mesyuarat Exco Kedah pada 21 Jun lalu atas alasan untuk membendung kegiatan tidak bermoral terus berlaku.
Iklan
Disember tahun lalu, kerajaan Kedah turut mengekang perjudian di negeri itu dengan tidak lagi memperbaharui lesen kedai nombor ekor.
Perubahan dasar itu dilaksanakan susulan pentadbiran baru kerajaan bawah pimpinan Pas yang diketuai oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>