Wan Junaidi adakan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Ghana

Iklan
Wan Junaidi (depan, enam dari kanan) mengadakan pertemuan dengan 35 diaspora Malaysia di Accra, Ghana dalam satu majlis makan malam, Selasa.

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan pertemuan dengan 35 diaspora Malaysia di Accra, Ghana dalam satu majlis makan malam, Selasa.

Majlis itu turut disertai Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Accra, Ron Dlyan Anak Jeffry, dan delegasi Malaysia ke Ghana termasuk Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Iklan
Iklan

Turut serta dalam delegasi itu ialah beberapa Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat, 15 Ahli Dewan Undangan Negeri dari Perak, Sabah dan Melaka serta pegawai-pegawai Parlimen.

"Acara malam tadi amat bermakna, suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi kami semua, walaupun jauh di perantauan semangat patriotik kepada Malaysia bumi bertuah tidak pernah pudar,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Iklan

Sementara itu, Aaron dalam hantaran Facebook pula menyatakan rasa bangga melihat panji negara berkibar gemilang di luar negara, dan berharap semangat kemerdekaan terus tersemai dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. - Bernama

Iklan