Harga petrol, diesel kekal hingga 11 Oktober
Iklan
KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON 95 serta diesel kekal bagi tempoh 5 hingga 11 Oktober ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik, RON97 kekal pada harga RM3.47 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).