Belanjawan 2024: MITI cadang insentif beli motosikal EV
Iklan
MITI telah mengemukakan cadangan pemberian insentif pembelian kenderaan elektrik (EV) khususnya motosikal dalam Belanjawan 2024 bagi menggalakkan perkembangan industri itu di Malaysia. - Gambar hiasan Foto 123rf
KUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah mengemukakan cadangan pemberian insentif pembelian kenderaan elektrik (EV) khususnya motosikal dalam Belanjawan 2024 bagi menggalakkan perkembangan industri itu di Malaysia.
Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk Hanafi Sakri berkata, cadangan tersebut sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF), ia akan tertumpu kepada pemilik kenderaan daripada kumpulan B40.
Iklan
Iklan
"Kita mengharapkan keputusan yang positif. MITI berharap MoF dapat memberi sokongan kepada pembangunan industri EV negara, (dan) di dalam konteks ini untuk motosikal,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di International Electric Mobility Showcase (IEMS 2023) di sini pada Rabu.
Beliau berkata, pasaran EV beroda dua di Malaysia masih berada di tahap rendah, iaitu kurang daripada satu peratus.
Iklan
Sehubungan itu, MITI berharap inisiatif yang dilakukan termasuk cadangan yang dikemukakan bagi Belanjawan 2024, ia akan mempercepatkan penggunaan EV di Malaysia.
"Fokus kita sekarang lebih tertumpu kepada kenderaan empat roda atau kereta. Justeru, MITI mengembangkannya kepada motosikal dan kenderaan perdagangan,” kata Hanafi.
Iklan
Malaysia menyasarkan kira-kira 10,000 stesen pengecas menjelang 2025, terdiri daripada 1,000 unit jenis arus terus dan 9,000 unit jenis arus ulang-alik atau pengecasan perlahan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>