Pendekatan lebih santai perluas konsep Malaysia Madani

Iklan
Shamsul Amri

KUALA LUMPUR - Konsep Malaysia Madani boleh diperluaskan dengan pendekatan baharu yang lebih santai supaya dapat menarik minat rakyat untuk lebih memahaminya, kata Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

Beliau yang merupakan Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, maklumat mengenai konsep itu boleh disebar menerusi pempengaruh, artis serta media massa supaya ia dapat memberi impak kepada rakyat.

Iklan
Iklan

"Apa yang penting adalah intipatinya, pada saya kalau kita huraikan kepada orang ramai mereka telah memahami secara tersurat, namun secara tersirat kerajaan perlu mencari jalan supaya rakyat dapat lebih memahami dan menerima konsep itu.

Bercakap mengenai penubuhan asal konsep Malaysia Madani, beliau berkata, konsep itu diperkenalkan pertama kali oleh Anwar di Festival Istiqlal II yang merupakan festival kebudayaan tradisional dan moden Islam di Indonesia pada 1995.

Iklan

Program Bicara Eksekutif: Perpaduan Acuan Madani merupakan satu daripada program ilmiah inisiatif PNM bertujuan menggalakkan perkongsian ilmu dan kepakaran tokoh dalam bidang tertentu yang mampu memberi signifikan yang besar kepada masyarakat.

Program yang dilaksanakan secara hibrid berlangsung di Menara PNM serta PNM TV Channel di Youtube itu disertai Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Azman Mohd Yusof. - Bernama

Iklan