Kes tembak mati di Machang: Tiga suspek didakwa

Iklan
Tiga lelaki dituduh mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan selepas terlibat dengan kes tembak yang menyebabkan seorang lelaki maut dalam kejadian di Jalan Hutan Kuin, Machang pada 17 September lalu.

KOTA BHARU - Tiga lelaki dituduh mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan selepas terlibat dengan kes tembak yang menyebabkan seorang lelaki maut dalam kejadian di Jalan Hutan Kuin, Machang pada 17 September lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tuduhan tersebut telah dijatuhkan di Mahkamah Sesyen Tanah Merah.

Iklan
Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pemilik bengkel maut dipercayai ditembak dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang di Kampung Hutan Kuin, Machang.

Mangsa ditemukan berlumuran darah dalam sebuah pacuan empat roda di hadapan sebuah kedai alat ganti kenderaan.

Iklan

Mangsa disahkan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa berusia 38 tahun itu merupakan seorang peniaga.

Iklan

Menurut beliau, siasatan awal di lokasi mendapati suspek merupakan dua lelaki menaiki sebuah kereta Honda putih sebelum melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat ke arah mangsa yang ketika itu berada dalam pikap.