PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu semua pihak menjaga kestabilan politik kerana ia memberi kesan besar dalam usaha memulihkan ekonomi negara.
Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Biodiesel Kelapa Sawit keempat di sini pada Selasa, beliau berkata, pelabur hanya akan datang jika negara mempunyai dasar dan strategi negara yang jelas, selain mempunyai kestabilan politik.