Pas, UMNO tiada masalah isytihar harta
Iklan
Nasrudin Hassan, Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Pas tiada masalah untuk mengisytiharkan harta seperti arahan dikeluarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pemimpin pembangkang.
Malah, Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan memberi keyakinan pimpinan dan ahli Pas terbuka untuk mengisytiharkan harta dan aset mereka.
Iklan
Iklan
"Pas tiada masalah untuk isytiharkan harta dan aset seperti arahan yang dikeluarkan Perdana Menteri.
"Isu yang penting ialah integriti, adakah harta yang diperoleh itu dengan cara yang halal atau melalui penyelewengan. Jika ia diperolehi dengan cara salah, ia tetap salah,” katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin pembangkang juga kena isytihar harta: Dr Mahathir
Menurut Nasrudin, pengisyiharan harta ini bukanlah wajib seperti penjawat awam, sebaliknya terbuka untuk sesiapa yang ingin isytihar.
Iklan
"Isytihar harta ini terbuka, bukan suatu yang mewajibkan. Lagipun pemimpin Pas bukannya kaya pun,” katanya.
Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk membuat peraturan supaya pemimpin pembangkang mengisytiharkan harta mereka.
"Suka hati dialah. Dia pemerintah,” katanya ringkas kepada Sinar Harian, semalam.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>