Amanah bantu BN menang PRK Pelangai - Mat Sabu
Iklan
Mohamad Sabu mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional parti tersebut di bilik gerakan BN pada Khamis.
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) akan menggerakkan jentera untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Oktober depan.
Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah telah membincangkan penyelarasan gerak kerja untuk membantu kemenangan calon BN di DUN berkenaan iaitu Datuk Amizar Abu Adam.
Iklan
Iklan
"Saya mengarahkan semua ahli mesyuarat untuk menggerakkan jentera Amanah dari seluruh negara untuk memastikan DUN Pelangai dipertahankan oleh BN.
"BN telah membuktikan setiakawan di PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang telah berjaya dimenangi oleh calon-calon dari Amanah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.
Iklan
Sinar Harian pada Khamis melaporkan, Amizar menggariskan strategi 3P iaitu pendapatan, perumahan dan penyediaan infrastruktur dalam usaha untuk memperkasa golongan belia.
Menurutnya, aspek pendapatan dan pekerjaan sedia ada perlu ditambah nilai sekali gus mewujudkan janaan ekonomi baharu di DUN berkenaan.
Iklan
Dalam masa sama, Mohamad memaklumkan, mesyuarat yang diadakan itu mencipta sejarah baru apabila ia diadakan di bilik gerakan BN.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>