SK Taman Alam Megah, SK Seksyen 20 tentukan juara Piala Raja Muda Selangor

Iklan
Antara aksi menarik perlawanan separuh akhir Piala Raja Muda Selangor, SK Taman Alam Megah menentang SK Seri Selangor di padang SK Putra Heights 2 pada Rabu.

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Taman Alam Megah mencipta sensasi apabila mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor 2023.

Tambah menarik SK Taman Alam Megah mara selepas menyingkirkan cabaran penyandang juara SK Seri Selangor 1-0 dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di padang SK Putra Heights 2, Subang Jaya pada Rabu.

Iklan
Iklan

Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung di padang SK Putra Heights 2, Subang Jaya pada 3 Oktober depan.

Antara aksi pemain SK Seksyen 20 menentang SK Puchong di padang SK Putra Heights 2.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Latihan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada Disember tahun lalu, SK Seri Selangor muncul juara edisi ke-33 selepas menewaskan SK Puchong 2-1 dalam perlawanan akhir.

Iklan

Sementara itu, SK Seksyen 20 pula mengesahkan kemaraan dengan bergaya selepas membelasah SK Puchong 6-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di venue sama.

Keputusan perlawanan.

Piala DYTM Raja Muda Selangor merupakan kejuaraan bola sepak Bawah 12 tahun melibatkan penyertaan sekolah-sekolah rendah seluruh Selangor.

Iklan

Kejuaraan juga mendapat tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad).